Di Malaysia dan Singapura Rumah_teres

Rumah kedai di George Town, Pulau Pinang.

Diperkenalkan pada permulaan abad keduapuluh, rumah teres (juga digelar rumah paut lurus) telah digunakan di Malaysia dan Singapura sejak pemerintahan awal British pada kedua-dua negara tersebut. Berasaskan reka bentuk rumah teres British, variasi Asia Tengara adalah mirip dengan rakan British mereka (di mana tempat tinggal terletak di hapadan dan tingkat atas dan dapur di belakang) dan telah digunakan untuk mengakomodasikan cuaca tropikal kawasan itu, yang secara asas panas di sepanjang tahun dan menerima hujan yang lebat. Versi-versi terdahulunya adalah lebih terbuka, direka bentuk untuk sirkulasi udara yang lebih bagus dan mencirikan halaman bahagian dalam, dengan sebuah yard depan, yard belakang, atau kedua-duanya. Sebuah rumah teres kebiasaan Malayusia dan Singapura biasanya adalah satu atau dua tingkat tinggi, tetapi beberapa bilangan rumah teres yang mempunyai tiga atau empat tingkat juga wujud, khususnya rumah teres yang baru. Variasi terdahulunya mengikut seni bina Barat, Melayu, India dan Cina, dan juga Art Deco dan kegayaan Antarabangsa di antara 1930an dan 1950an.

Gaya yang mana bangunan-bangunan direka bentuk berlainan dalam sebuah kawasan bandar. Derivatif terletak di dalam pusat bandar juga menggunakan ruang mereka untuk perniagaan di tingkat lantai dan kegunaan tempat kediaman di tingkat pertama dan di atas (dengan secara tepat digelarkan rumah kedai, juga mirip dengan bangunan Lingnan). Rumah teres bahagian dalam bandar direka bentuk biasanya kekurangan laman hadapan langsung, oleh itu struktur bangunan secara langsung didirikan di hadapan jalan. Salah satu aladan di belakang ini adalah percukaian menurut muka hadapan jalan daripada jumlah kawasan, oleh itu menciptakan suatu dorongan ekonomi untuk membina secara sempit dan dalam.[petikan diperlukan] Sebuah anjung jarak lima kaki biasanya diletakkan di tingkat lantai untuk kegunaan oleh penetap dan pejalank kaki. Alternatively, anjung mungkin diliputi dari peninggalan tempat jalan kaki untuk dikhidmatkan sebagai ruang peribadi. Reka bentuk seperti itu menjadi kurang umum selepas 1960an.

Rumah teres terletak di pinggiran pusat bandar adalah kurang terhad, walaupun reka bentuk bangunan itu sendiri tidak seperti yang berada di bandar. Sesetengah rumah kelihatan mencirikan laman hadapan yang lebih panjanf, cukup untuk menginapkan kereta. Yang lain secara terhad berkhidmat sebagi sebuah taman kecil. Reka bentuk ini tetap berada dalam kemahuan di sepanjang abad keduapuluh, dan sebuah keadaan pembinaan melambung pada reka bentuk rumah bermuncul di Malaysia sejak 1940an, dengan beberapa estet perumahan terdiri dari rumah teres bercambah di dan di keliling bandar dan pekan. Dalam proses ini, reka bentuk bangunan bermula untuk berpelbagaikan, dengan beberapa perubahan penghalusan dan gaya. Pada umumnya, ruang lantai bangunan dan laman telah menjadi lebih besar dan lebih teliti di sepanjang waktu, sedangkan juga modenisasi bahagian luar pembinaan dan muka hadapan.

Sesetengah rumah teres yang lebih tua biasanya ditukarkan untuk pelbagai watak barul sesetengah telah ditukarkan ke rumah kedai atau premis bisnes (termasuk kelab, hotel dan rumah asrama-khususnya rumah-rumah pra-merdeka dan tadika). Yang lain telah tetap digunakan sebagai unit tempat kediaman, telah ditinggalkan, diabaikan, atau dimusnahkan. Pengembangan penting adalah umum pada semua rumah teres; atap dan bilik tambahan di dalam ruang lantai pada lot rumah. Kebimbangan juga ditimbulkan dengan perbaikian dan pengawasan rumah-rumah teres yang tertinggal, yang secara berpotensi menjadi tempat persembunyian untuk tikus dan ular (di ladang dengan rumput panjang), dan penagih dadah.

Variasi terdahulunya pada rumah teres telah dibinakan dengan kayu, kemudian digantikan dengan sebuah kulit pertukangan batu memegang alang kayu untuk membentuk asas untuk tingkat yang di atas dan bumbung jubin. Variasi sezaman secara asas dipegang sama dengan alang konkrit diperkukuhkan, yang kemudian dilengkapkan dengan bongkah konkrit, dinding batu-bata dan bumbung jubin.